Yea Wetland-Mt Buller
Salji... Snow...Dah lama idam nak rase salji.. Kalu boleh nak guling-guling atas salji.. Org kate salji ni mcm abc lah .. Cendul lah tp hakikatnya sajli lebih halus dr abc tau.. Kagum sungguh ciptaan Allah swt. Rase kite sebagai hamba Nya harus rase bersyukur dgn segala nikmat yg di beri pada kita.. so the best place adalah di Mt Buller. Kenapa Mt Buller sbb ada chairlift ! Sebenarnya sy ke sana memang tak plan nak main salji just sightseeing so bila view website Mt Buller ada chairlift. Mcm menarik je. Lagipun banyak2 tempat snow di sana Mt Buller adalah the best snow place so sy recommended kalu ke Melbourne waktu winter ada masa pergilah sana ye.
Sy bertolak dari hotel dlm pukul 8. En Syafiq aka pak supir kami hehe pesan suruh keluar awal dlm kul 7 tp biasalh jet lag. Dah bangun boleh tidur balik. Subuh di sini waktu winter dalm kul 5.15am so kul 6 dah terang tue yg kelam kabut sikit. Apapun tima kasih ye Syafiq sabar tunggu kami 😊
Perjalan ke Mt Buller dr Melbourne CBD mengambil masa 3jam juga. Dalam fikiran mesti boring... Ialah dulu dlm keta lama boleh beku otak. Tapi semua anggapan mu meleset. Along the road suasana luar memang cantik. Kalu kat malaysia hutan belantara tapi di sana kawasan hutan disajikan sebagai ladang binatang ternakan. Memang cantik gila dan org mcm sy asik duk kampung tiba-tiba tgk tempat org mcm tu mana jakun.
Kebetulan sy pergi dah hujung musim sejuk ke musim bunga jadi banyak kawasan sedang berbunga dan salah satu tempat yg sy jumpa adalah ladang bunga canola.
Kebetulan sy pergi dah hujung musim sejuk ke musim bunga jadi banyak kawasan sedang berbunga dan salah satu tempat yg sy jumpa adalah ladang bunga canola.
Yea Wetland
Singgah sekejap di Yea Wetland tuk g toilet. Apa sy perasan setiap tempat di sini mesti ada information centre . Tujuannya untuk pelancong mcm kita mengetahui sejarah tentang kawasan
tersebut. Baguskan!
Pekan Mansfield
Sebelum sampai Mt Buller kite kena singgah di pekan Mansfield. Di sini kite sewa baju dan seluar yg digunakan masa main salji. Kalu ikutkan sewa disini murah sedikit berbanding sewa di atas. So sy sewa seluar tuk org umah shj sebab yg lain Syafiq de sediakan. Prosidur sewa baju kena ada credit or debit card sebagai jaminan kalu sesiapa pinjam baju x pulang.
Semua urusan setel so proceed ke Mt Buller dan perjalanan dlm 1/2 jam tuk sampai ke sana.
On the way ke Mt Buller
Alhamdulilah selamat sampai di Mt Buller. Kebetulan masa sy sampai cuaca amat cantik. Walaupun panas tapi berangin yang sejuk. Ialah org macam kami sejuk tak tahan tau. Sebelum melangkah lebih jauh kite makan tengah hari yg disediakan oleh tour guide kami. Makan pun nak cepat tak tahan sejuk jari jemari.Terima kasih syafiq bekalan tengah hari. Kebetulan memang lapar. Byk sy makan yum2
Ok sekarang kite menuju membeli tiket Chairlift for sightseeing. Harga tiket dewasa AUD18 return dan boleh guna pergi dan balik shj tetapi jika anda nak main ski boleh beli tiket untuk unlimited. Kenapa nak naik chairlift? Sebenarnya chairlift ini berfungsi membawa pemain ski ketempat tinggi untuk main ski. Pada masa yang sama boleh juga digunakan untuk sightseeing. Jadi sampai di atas gunung nanti boleh main ski dan guling-guling atas salji hehe. Kawasan Mt Buller ni besar jadi tempat bermain ski pun banyak. Oh lupa.. kalu tahu lebih details apa yang menarik di Mt Buller boleh klik sini
Kaunter nak naik chairlift
Chairlift
Salji yang lebih lembut dari ais kacang ABC
Sesiapa yang suka ber Toboggan ada sediakan tempat ye
Hampir 4 jam sy habiskan masa di sana dan rase tak puas langsung. Inilah kenangan terindah sepanjang hidup sy dan ada rezeki pasti sy ke sana lagi.
Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!
ReplyDeleteGiaonhan247 chuyên dịch vụ vận chuyển hàng đi mỹ cũng như dịch vụ ship hàng mỹ từ dịch vụ nhận mua hộ hàng mỹ từ trang ebay vn cùng với dịch vụ mua hàng amazon về VN uy tín, giá rẻ.