Mural Tour : Melbourne, Australia (Part 1)

KLIA2, Malaysia -Airport Melbourne, Australia

Wah! nak pergi Melbourne! Teruja nya. Inilah pertama kali pergi ke sana. Ke negera yang memiliki 4 musim. Selama ni hanya pergi negara Asia yng hampir semuanya memiliki cuaca yang sama jadi kali ini kita terjah ke negara yang simbolik dengan panggilan Negeri Kangaroo!

Perjalanan ke sana mengambil masa hampir 8jam menaiki kapal terbang. Kali ini saya, menaiki AirAsiaX so every can fly. Masa sy beli harga promo so tambah tolak seorng jatuh harga rm1300. 

Sy duduk dibahagian sayap dan tepi tingkat. Boleh tengok permandangan luar. Dlm flight sy tak boleh tidur. Ingat nak tidur lah kejap tapi bising dengan ada yg nak ambil beg di atas, ade berborak susah nak tidur. Nasib order online makanan tak lah boring sangat.



Alhamdulliah selamat sampai. Aduh kaki ni tak sabar nak jelajah Melbourne hehe. Urusan imigresen berjalan lancar . Risau gak sebb x pandai ckp org putih :) mana tahu die tanya macam-macam. Org depan sy siap kena tahan sbb ade kesilapan masa tulis arrival card. Oh ye Arrival card pastikan diisi dgn betul kalu tak faham boleh tanya flight attendance tau! 





Selepas urusan imigresen selesai, pergi ke tempat ambil beg. Airport di sini tak besar mcm KLIA2 so jarak dr imigresen  tak jauh nak ambil beg. Ok selepas  tu ke bahagian declare makanan atau brg yg bw. Jika kite tanda brg tak sure yg kita bawa seeloknya kita declare. Mcm sy sy bw ubat homeopathy so sy declare juga too be safe. Alhamdulillah semua selesai cuma yg tak best sy terpaksa hadapi beg sy dihidu oleh ANJING🐶. Nasib anjing tu kering kalu tak kena samak lah gamak ye.

Sepanjang disini itenari ringkas sy telah buat sebagai guide line pada sy. Memandangkan sy di sini tidak guna travel agent so ke mana-mana terpaksa guna pengankutan awam seperti tram dan bus. Pandai pula guna kan tapi kalu kat Malaysia bus dan LRT tak ingin naik langsung! :)

Semasa ke hotel  sy ada guna khidmat student malaysia untuk ambil dan hantar semula ke airport. Kebetulan wife die ambil Ph.D di universiti sini so die buat part time ambil pelancong Malaysia melancong di sini. Sy juga ambil dengan die pakej ke MT Buller dan Great Ocean Road. ok yg tue kita story next part later. jom layan gambar dulu.








No comments:

Post a Comment